RM 365.00
Set Ini Mengandungi :
a. Tablet Herbanika Bersalin - Phytonatal
b. Herbanika Barut
c. Uncang Cuci Herbanika
d. Herbanika Lulur ~ Untuk kegunaan Luar
e. Akar Herbanika ~ Untuk Diminum
f. Minyak Herbanika ~ Untuk kegunaan luar
Mengenai Produk :
Nona Roguy memperkenalkan kepada anda set lengkap Herbanika Bersalin yang merangkumi penjagaan kesihatan ibu selepas bersalin secara luaran dan dalaman. Rumusan istimewa yang telah terbukti keberkesanannya sejak zaman kegemilangan Raja-Raja Melayu, Siak Sumatera dan Keraton Solo.
Herbanika Bersalin terbukti berkesan memelihara kesihatan, mengekalkan kecantikan badan dan wajah serta mengatasi angin meroyan dan tekanan emosi. Keselamatan, kebersihan dan keasliannya adalah dijamin. Nona Roguy sentiasa bersama anda menuju kearah kebahagiaan dan kesempurnaan hidup.
Nona Roguy (Detail)
Keterangan & Cara Penggunaan
Phytonatal
90 tablets - 140.00 / 180 tablets - RM205.00
Untuk di makan :
Khasiat Membantu membersihkan rahim dengan mengeluarkan angin lendir dan darah kotoran dalam sistem badan. Menyegarkan fungsi rahim serta mengeluarkan susu yang segar dan menambahkan daya tenaga semasa pantang. Mengimbangkan kembali sistem badan. Memperbaiki perjalanan darah. Meringankan dan mengencangkan badan. Baik untuk membuang lemak dan sakit anggota, angin meroyan, kembung perut, melawaskan pembuangan air besar dan kecil. Memelihara kesihatan dan kecantikan.
Cara pemakanan
Bersalin Normal - Disyorkan mengambil tablet Phytonatal pada hari ke 4 selepas bersalin
Bersalin Pembedahan - Disyorkan mengambil tablet Phytonatal pada hari ke 7 selepas bersalin (bergantung pada kesihatan ibu bersalin)
Dosej Kapsul
A. Untuk Kelawasan biasa harian (3-5 biji sebelum sarapan)
B. Bagi yang sembelit harian (3-5 biji pagi / 3-5 biji tengahari / 3-5 biji petang / 3-5 biji malam).
Dosej Paket
A. Untuk kelawasan biasa Harian
(1-2 pkt herbanika rempah bersalin - sebelum sarapan)
B. Bagi yang sembelit Harian
( 2pkt herbanika rempah bersalin - sebelum sarapan)
Krim Herbanika Barut (Kiri) RM55.00 - 60 gm
Serbuk (kanan) RM60.00 - 150 gm
Herba Barut (Krim)
Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.
Khasiat Mengamalkannya :
a. Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
b. Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan.
c. parut dan jalur pecahan pada perut.
d. Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang
Cara Penggunaan
Diamalkan bermula hari ke 4 – 40
a. Digunakan dua (2) kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam (sebelum tidur).
b. Sapu Herbanika Barut Krim ke seluruh perut dan pinggang.
c. Lumurkan Minyak Herbanika kemudian sapukan Herbanika Barut Krim ke pinggang, perut dan bahagian ari-ari.
d. Pakailah bengkung.
e. Dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
f. Pada waktu petang, bersihkan dan pakai semula seperti cara di atas. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih.
g. Pakai sepanjang malam. Seeloknya memakai Serbuk Hernanika Barut pada sebelah pagi dan Herbanika Barut Krim pada sebelah petang atau memilih salah satu.
Untuk Kegunaan Luar
Khasiat Sangat berkesan untuk ibu-ibu yang perutnya membesar selepas bersalin. Dapat mengatasi perut yang lembik, kembang, kendur dan buncit. Dapat menghilangkan parut-parut dan jaluran pecah-pecah di kulit perut. Membantu melicinkan perjalanan darah dan mengeluarkan darah-darah busuk dari saluran rahim. Dapat merampingkan pinggang dan mengempiskan perut.
Cara Penggunaannya :
1-2 sudu besar Herbanika Barut di masak dengan 4 sudu besar Asam Jawa di dalam periuk tanah, masukkan air secukupnya. Seelok-eloknya biarlah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kacau sehingga sebati dan biarkan seketika. Setelah masak, biarkan ia agak suam, baru lumurkan ke seluruh pinggang, perut dan bahagian ari-ari.
Sebelum menggunakan Herbanika Barut. Lumurkan Minyak Herbanika ke bahagian atas perut, ari-ari, pinggang dan peha. Lepas itu barulah ikat kain barut dengan kejab.
Lakukan 2 kali sehari.
Pagi (di gunakan selepas mandi)
Petang (7 mlm) - Bukakan ikatan barut dan cuci bahagian perut dan pinggang dengan Minyak Herbanika, Kemudian ulangi menggunakan Herbanika Ramping Perut suam-suam panas dan ikat semula barut.Biarkan berbarut sehingga pagi.
Perhatian
Bagi yang bersalin secara pembedahan gunakan Herbanika Ramping Perut selepas 1 bulan bersalin.
Cara penggunaan :
Selepas sebulan
Gunakan Herbanika Ramping Perut di bahagian atas dan bawah abdomen, di bekas jahitan, belakang dan pinggul seperti cara-cara yang di beri untuk penggunaan bersalin secara normal.
Adalah sangat baik dan berkesan bagi yang bersalin secara pembedahan untuk memakai barut atau bengkung dengan ketat dan kejab yang selesa supaya:-
a. Dapat mengencangkan dan mengempiskan abdomen anda
b. Dapat melangsingkan pinggang anda
c. Dapat mengurangkan atau menghilangkan bekas parut kulit.
Uncang Cuci Herbanika
15 t-baq RM100.00
Untuk kegunaan luar Digunakan sebagai air cebok semasa menjalani rawatan selepas bersalin, membantu mengawal berbagai penyakit selepas bersalin, penyakit kulit yang berair, kering, berkuping, berdarah dan bernanah. Mempercepatkan kesembuhan bagi luka berkudis, luka pembedahan, luka dan kudis penyakit kencing manis dan infeksi di bahagian sulit (lelaki / perempuan).
Cara kegunaan:
Ambil 1/2 pkt Herbanika Uncang Cuci campur : liter air panas mendidih. Biarkan warna menukar kekuningan herba, guna airnya yang masih panas yang tidak melecurkan. Gunakan kapas untuk mencuci bahagian sulit selepas buang air kecil bagi ibu-ibu dalam pantang atau infeksi tempat sulit. Untuk kegunaan lain, boleh di amal menggunakan kapas, membersihkan tempat-tempat yang berpenyakit, sebelum sapu ubat-ubat sakit kulit.
Boleh diamal 2 sehingga 3 kali sehari iaitu (Pagi dan Malam) atau ( Pagi, Petang dan Malam) sehingga ia tidak mengeluarkan warna herba lagi.
a) Gunakan Herbanika Uncang Cuci untuk membersihkan dan mencebok bahagian tempat sulit semasa dalam pantang untuk menjaga kebersihan dan kesegaran tempat sulit.
b) Setiap kali selepas membersihkan tempat sulit : sapukan Minyak Mustajab di bahagian tempat sulit dan tuangkan Minyak Mustajab ke atas Tuala Wanita.
c) Jika ada luka atau luka yang belum sembuh, ambil 1 pkt Mustajab Muda Mesra (Pembersih Dalaman) di campur dengan Minyak Mustajab dan buat seperti Krim Herba. Sapu di bahagian yang luka itu, setiap kali bahagian itu di bersihkan. Jika luka sudah sembuh, sapu Minyak Mustajab sahaja di bahagian tempat sulit sehingga habis pantang bersalin.
Herbanika Lulur ~ Untuk kegunaan Luar
150 gm RM60.00
Khasiat
Membantu menegangkan payudara yang kendur. Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan memgembalikan kepejalan badan. Pembersih antiseptik yang membantu mengatasi penyakit dan mempercepatkan pemulihan serta mengatasi panyakit kebas, mudah sejuk, urat saraf serta peluh yang berbau. Mengecutkan bengkak-bengkak yang di sebabkan oleh angin lendir di sendi, peluh yang berbau dan urat-urat timbul.
Membantu sebagai penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat. Terbukti keberkesanannya bagi lelaki dan perempuan.
Cara kegunaan:
a) Selepas mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur seluruh badan seperti berikut :
1/2 sudu besar Herbanika Lulur di campur dengan air panas suam serta sedikit air florida ( Jika perlu). Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki, tangan, lengan dan belakang.
b) Guna air Florida untuk lulur supaya tidak bertepek-tepek.
c) Sapu kaki dan tapak kaki dengan air Florida dan pakai stokin yang tipis.
Akar Herbanika ~ Untuk Diminum
30 t-bag RM100.00
Khasiat
Menyegarkan urat saraf dan membantu mengeluarkan susu segar dan pekat. Ia dapat mengurangkan air yang berlebihan dalam badan. Melawaskan pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lemak yang degil dan mengurangkan keletihan serta sakit-sakit sendi, juga untuk mengawal bau badan.
Bagi lelaki, untuk penyuburan benih dan menghindarkan angin pasang.
Ambil 1 pt Akar Herbanika di campurkan dengan 1 cawan air panas. Jika terlalu pekat bolehlah ditambah air sehingga ia menjadi cair. Boleh di campur dengan gula batu atau madu lebah jika perlu. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas sebagai ganti minuman biasa. Sehari 3-4 cawan.
Nasihat Untuk penjagaan intensif bagi mempercepatkan penyemburan luka dalaman. Adalah di nasihatkan mengamalkan meminum air Resipi Halia seperti berikut:
Resipi Halia 1-2 sudu teh Madu Arab (boleh di dapati di Nona Roguy)
1 sudu teh Air Gamat 1 sudu teh Pati Halia
Campur bahan-bahan di atas di dalam cawan dan di tambah dengan air suam secukupnya.
Bagi yang bersalin secara normal :
Pengambilan setiap pagi selama seminggu bermula dari selepas bersalin.
Bagi yang bersalin secara pembedahan :
Pengambilan setiap pagi selama 2 minggu bermula dari selapas bersalin. Selepas tamat tempoh pantang bersalin. - Setiap kali selepas bersama suami, perlu membersihkan tempat sulit dan sapu Minyak Mustajab ke dalam saluran faraj serta luaranya untuk memelihara kebersihan dan kesegarannya.
Selalu menggunakan Mustajab Harmonis untuk kesegaran saluran faraj. Teruskan amalan meminum air Akar Herbanika sebagai Teh Herba untuk menjaga kesegaran dan kecantikan.
Minyak Herbanika ~ Untuk kegunaan luar
130 ml RM68.00 / 260 ml RM105.00.
Khasiat
Membantu melembut dan mengencangkan kembali kulit perut. Di sediakan khusus untuk ibu-ibu yang menjalani rawatan selepas bersalin. Minyak pelembap melembutkan dan mengencangkan kembali perut yang kendur, lembik, dan pecah-pecah berjalur. Dapat menyegarkan urat saraf dan otot- otot yang lemah, kulit-kulit badan dan payudara yang kendur. Membantu melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin kotoran melalui liang-liang roma badan.
Cara kegunaan :
Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha. Sangat mujarab digunakan untuk urut. Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat biar selesa.
Perhatian :
a) Guna Minyak Herbanika sebelum menggunakan Herbanika Ramping Perut.
b) Bagi yang bersalin secara pembedahan.
Cara kegunaan :
Selama sebulan : Hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut.
Bagaimana cara untuk mengamal dan mengunakan produk Herbanika bersalin dengan betul semasa dalam tempoh berpantang?
Amalan Minggu Pertama
Minum 3-5 mug Akar Herbanika setiap hari. Anda boleh melakukan penyediaan ini dengan cara merebuskan 5 paket uncang Akar Herbanika bersama 1 liter air.Tuangkan kedalam flask atau termos untuk mengekalkan kepanasannya. Tambahkan 1 sudu teh madu lebah asli setiap kali hendak minum. Minum suam panas.
Amalan phytonatal sepanjang tempoh berpantang - Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis normal:- Amalkan 2-3 tablet Phyto Natal 1 x sehari bermula hari ke 4 atau seminggu selepas melahirkan dan diteruskan pengambilannya sehingga hari ke 30 atau 100 hari. Amalkannya bersama minuman Akar Herbanika.
Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis sensitif:- Amalkan 1-2 tablet Phyto Natal 1 x sehari atau secara selang sehari bermula hari ke 4 atau seminggu selepas melahirkan dan diteruskan sehingga hari ke 30 atau 100 hari. Amalkannya bersama minuman Akar Herbanika.
Bagi pergerakan pembuangan harian air besar jenis sembelit:- Amalkan 5-10 tablet Phyto Natal 1 x sehari seabagi amalan harian atau 5 tablet waktu pagi dan 5 tablet lagi sebelum tidur. Amalan diatas ini perlu dimulakan sejurus selepas melahirkan atau dari hari ke 4 dan diteruskan pengambilannya sehingga 30- 100 hari. Untuk mendapat kesan yang lebih baik, amalkannya bersama minuman Akar Herbanika.
Untuk Pengunaan Harian Luaran Tubuh (hari 1 – 40) Sapukan Minyak Herbanika ke bahagian atasan perut, bawahan dan sekitar perut dan bekas jahitan bagi penyembuhan segera luka bekas jahitan untuk ibu yang melahirkan secara pembedahan atau episiotomi. Untuk memperbaiki aliran darah, lumurkan secukupnya kebahagian belakang pinggang, celahan dalam peha, peha dan kaki dengan urutan lembut . Sapukan 2-3 x sehari.
Penjagaan harian peribadi :
Bersihkan terlebih dahulu bahagian sulit dengan air suam.Tuangkan 1-2 titik Barra Gel ke bahagian kawasan sulit. Bersih dan lakukan cucian secara keseluruhannya dengan air suam. Kesat kering.Tuang basahkan Minyak Herbanika ke atas tuala wanita / pad sebelum memakainya dengan selesa.
Herba Pembersih harian tubuh.
Semasa menjalani tempoh berpantang 30-40 hari , bagi membantu memberikan kesegaran pada tubuh , gunakan Barra Gel sebagai pembersih bahagian kulit tubuh dan juga dikawasan payudara, lakukan gosokan lembut.
Mandi dengan air suam panas.Cuci rambut dengan air paip dan kesat kering. Ini adalah bagi mencegah kepanasan dan pening kepala.
Tips untuk pemeliharaan payudara
Urut kebahagian sekitar payudara dengan Minyak Herbanika dan picit perlahan-lahan bahagian puting untuk mengalakkan lagi pengeluaran susu. Sekiranya mendapati berlaku pembengkakkan, rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan lekapkan perlahan-lahan kebahagian payudara yang mengalami pembengkakkan. Ulangi prosedur diatas sehingga pembengkakan surut. Kesat kering. Sapu dan lumurkan pula Minyak Herbanika sekali lagi kebahagian payudara.Sekiranya hendak menyusui bayi pastikan terlebih dahulu membersihkan bahagian puting anda dari kesan minyak.
No comments:
Post a Comment